Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Testimoni

Omilk Plus tingkat ketahanan imunisasi
Harian Metro, 27 Februari 2006
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Proses pembuatan mengikut hukum syariah, sesuai semua peringkat usia

KAJIAN membuktikan kolostrum iaitu susu awal lembu sama khasiatnya dengan kolostrum yang dihasilkan ibu selepas bersalin. kolostrum mengandungi beberapa elemen penting iaitu sel darah putilh dan antibodi yang bertindak membunuh bakteria dan menghalang jangkitan.

Selain itu, ia juga mengandungi bifidus untuk membantu pembiakan bakteria baik bagi mengelakkan cirit birit, merangsang perkembangan usus dan bertindak sebagai laksatif bagi membuang najis pertama bayi yang mampu melindungi mereka daripada demam kuning.

Zaman dulu, ibu ibu disaran membuang kolostrum yang berwarna kekuningan kerana disangka susu basi. Bagaimanapun, individu yang tidak mendapat khasiat kolostrum ibu, jangan susah hati kerana kolostrum atau susu awal lembu dirumus dalam bentuk susu tepung Omilk Plus dapat menampung kekurangan ini terutama kalangan yang sudah berusia.

Susu awal lembu bukan sekadar susu tepung kerana khasiat terkandung di dalamnya membantu badan meningkatkan sistem pertahanan (imunisasi). Rumusan Imnunoglobulin (1g) dalam Omilk Plus boleh merangsang dan mempercepatkan proses pertumbuhan sel serta praline rich polypeptides (PRP) untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

la bertindak sebagai antigen dan antibodi efektif untuk menentang dan meneutralkan serangan bakteria berbahaya seperti Escherichia coli (E. coli), Coliform, Salmonella, Streptococcus pyogenes, Bacillus cereus serta Candida albicansyang menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan.

Menurut Perunding Kesihatan, Dr Ezatti Jani, imnunoglobulin ini pula ada lima jenis iaitu IgA, IgD, IgE, IgG dan IgM; setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza. IgA juga dikenali sebagai mukus antibodi bertindak mencegah bakteria melekat pada dinding organ. IgG pula mengaktifkan sel darah putih bagi menentang serangan bakteria terutama E. coli.

kolostrum ini juga kaya dengan protein lain termasuk hormon, enzim dan gula ringkas yang sangat diperlukan tubuh. Omilk Plus dirumus pakar farmakologi, Dr Mohd Shahimi Mustapha, juga kaya dengan laktoferin. la gabungan gluko protein yang biasanya ditemui dalam susu dan cecair badan lain seperti air mata, liur, hingus dan air kencing '

Laktoferin ini berfungsi mengagih dan memudahkan badan menyerap zat besi. Kandungan zat besi dalam susu awal lembu ini lebih mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber makanan lain.

Katanya, kajian juga mendapati laktoferin membantu pertumbuhan sel khususnya dalam sistem Iimfa dan mengaktifkan DNA. Secara tidak langsung ia meningkatkan sistem pertahanan badan dengan mengekang pertumbuhan bakteria jahat.

Selain itu ia juga diperkaya vitamin C untuk menghasilkan kolagen yang memberikan kekuatan pada Struktur kulit. Malah vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan melawan aktiviti radikal bebas.

Peningkatan umur menurunkan daya pertahanan badan dan menyebabkan kita lebih mudah mendapat jangkitan. Malah pencemaran, tabiat merokok dan tabiat pemakanan tidak seimbang akan mempercepatkan penghasilan radikal bebas.

Pengambilan vitamin C dalam susu awal lembu ini membantu mengatasi kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas. Kelebihan susu awal lembu ini ialah ia menjalani proses nyah bau supaya manfaatnya dinikmati individu yang tidak suka bau susu lembu.

Lebih penting katanya, Omilk Plus produk buatan Bumiputera yang dikilang di Kedah dan semua proses, pembuatannya mengikut hukum syariah dan dijamin halal.

Susu ini sesuai untuk semua peringkat usia dan kanak kanak melebihi lima tahun. Malah individu yang menghidap penyakit digalakkan meminum susu ini kerana boleh merangsang daya ke tahanan badan dan membekalkan bahan antioksidan. Melalui pengambiIan teratur, pengguna mendapat pelbagai manfaat seperti mengurangkan kejadian selesema dan alahan, mengelakkan osteoporosis, menseimbangkan paras gula dalam darah, menentang jangkitan kuman yang tersebar melalui makanan dan minuman serta dapat mengurangkan sakit otot dan sendi terutama di kalangan warga tua.

Ia juga sesuai untuk individu yang mahu mengurangkan berat badan kerana susu awal lembu ini juga berfungsi menstabilkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan stabil akan bertindak lebih cekap untuk membakar lemak.

Susu OMilk Plus dipasarkan DBY Trade Corporation Sdn Bhd. Ia bukan saja dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut tetapi membuatkan kulit menjadi lebih cantik dan halus.

Untuk membuat pembelian,

Mengandungi

Protein Vitamin C Magnesium Kalsium Vitamin B1, B2, B6 & B1 Kaya dengan Immunoglobolins

Kandungan Igg : 650mg setiap Sachet (43%)

Kuantiti

30 sachets X 15gm

Pengedar : Azean Azlina (Yan)

HP : 019-7693592

Kawasan : Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Pekan Sg. Besi, Serdang, Cheras

Acc #: 1643 6056 7059 (Maybank)

Harga Runcit:

Semenanjung RM68.00
Sabah/Sarawak RM75.00

Rakan Niaga

Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, City Square, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279