Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Utusan Malaysia 10/01/2006

Kolostrum bantu tingkatkan antibodi
Utusan Malaysia, 10 Januari 2006
Oleh Noor Fazrina Noor Kamal

PERNAH satu ketika dahulu selepas seseorang ibu bersalin, doktor menasihati ibu tersebut memerah keluar susu sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Tindakan itu dibuat kerana pada waktu itu kemajuan sains dan teknologi masih di tahap sederhana. Susu yang keluar itu disangka susu basi yang boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.

Namun hasil kemajuan sains dan teknologi menerusi kajian-kajian saintis mendapati susu awal inilah yang mengandungi antibodi yang paling tinggi.

“Kini ibu-ibu digalakkan menyusukan anak-anak sebaik sahaja mereka lahir kerana diketahui susu terawal inilah mengandungi antibodi yang tinggi,” kata Dr. Ezatti Jani, penasihat kesihatan ketika ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Dr. Ezatti yang lebih selesa dengan panggilan Dr. Zeti, susu awal bagi seorang ibu atau juga dikenali dengan nama kolostrum dikeluarkan dari saat bayi dilahirkan sehingga 24 jam selepas itu sedangkan untuk memperoleh antibodi yang kuat, pengambilannya perlulah dilakukan secara berterusan.

“Kolostrum ibu hanya keluar mulai bayi dilahirkan hinggalah tempoh genap 24 jam, selepas itu ia menjadi susu biasa sahaja,” jelasnya.

Jadi atas kesedaran ini, susu awal lembu diproses mengikut teknologi tinggi untuk dijadikan minuman berkhasiat bagi meningkatkan antibodi seseorang yang menurun berdasarkan pertambahan umur.

“Ia juga bertindak sebagai membantu pencegahan penyakit kronik seperti kanser, osteoporosis (reput tulang), gout, artritis dan berbagai penyakit lagi,” katanya.

Menurut Dr. Zeti, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para saintis, susu awal lembu juga mempunyai khasiat yang sama dengan susu awal ibu, malah lebih menarik susu awal lembu mampu dikeluarkan dalam tempoh yang lebih lama iaitu sehingga 48 jam bersamaan dengan dua hari selepas mamalia itu melahirkan anak.

“Kolostrum mamalia mengandungi Immunoglobulins yang mampu merangsang dan mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel serta menyempurnakan sistem daya tahan tubuh manakala Praline-rich-polypeptides (PRP) membantu menyeimbangkan sistem daya tahan tubuh semula jadi,” terangnya.

Dr. Zeti menjelaskan, kolostrum bukan sahaja membantu bertindak sebagai antibodi untuk badan, tetapi juga sebagai antigen dan antibodi yang efektif untuk menentang dan memerangkap serta meneutralkan sebarang bakteria berbahaya seperti Escherichia Coli, Coliform, Salmonella, Streptococcus Pyogenes, Bacillus Cereus, Yersinia Enterocolitica, Candia Albicans yang menjadi penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan.

“Selain baik untuk sistem pertahanan badan, kolostrum juga terbukti berkhasiat untuk menghaluskan kulit, mencerahkan penglihatan, menguatkan daya ingatan, menyeimbangkan sistem metabolisma, melambatkan proses penuaan juga berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah,” tambah Dr. Zeti.

Sambil menjelaskan tentang kebaikan kolostrum, Dr. Zeti berkata ia juga amat sesuai diambil oleh semua peringkat umur.

“Pengambilan kolostrum secara berterusan akan meningkatkan antibodi dalam badan dan yang paling penting ia disarankan bagi menguatkan tulang, terutama untuk wanita,” ujarnya.

Kata Dr. Zeti, bagi seorang wanita, kalsium amat diperlukan dalam badan mereka dan pengambilan kolostrum adalah digalakkan terutama sebelum berlaku proses menopaus.

Kini kolostrum telah dikomersial dalam pelbagai bentuk seperti susu skim dan juga tablet.

Menurutnya lagi, kolostrum juga berupaya untuk mengurangkan risiko kesan sampingan individu akibat pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi dadah dengan dos yang dibenarkan.

Mengandungi

Protein, Vitamin C, Magnesium, Kalsium, Vitamin B1, B2, B6 & B1, Kaya dengan Immunoglobolins

Kandungan IgG : 650mg setiap Sachet (43%)

Kuantiti

30 sachets X 15gm

Pengedar : Azean Azlina (Yan)

HP : 019-7693592

Kawasan : Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Pekan Sg. Besi, Serdang, Cheras

Acc #: 1643 6056 7059 (Maybank)

Harga Runcit:

Semenanjung RM68.00
Sabah/Sarawak RM75.00


Pek Percubaan 5 sachets pada RM15!

Rakan Niaga


Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, City Square, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279