Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Utusan Malaysia 27/12/2005

DBY sasar perolehan susu kolostrum RM8 juta
Utusan Malaysia, 27 Disember 2005
Oleh Rosmawati Mion

JITRA 27 Dis. - DBY Trade Corporation Sdn. Bhd. (DBY), syarikat bumiputera tunggal yang mengeluar dan mengedar produk kesihatan, susu skim kolostrum atau susu awal lembu, menyasarkan perolehan RM8 juta pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Basir Ismail berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan keyakinan DBY untuk menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus pasaran minuman berkhasiat tempatan.

Beliau berkata, walaupun produk susu kolostrum berjenama Arau itu baru berada di pasaran, permintaan terhadapnya adalah amat menggalakkan.

Katanya, kesedaran orang ramai mengenai penjagaan kesihatan dan keinginan untuk meningkatkan tahap daya tahan telah membuka peluang kepada syarikat itu memasarkan produk tersebut.

Selain itu, tambahnya, permintaan pasaran juga semakin tinggi khususnya di kalangan bumiputera sejak enam bulan kebelakangan ini.

Beliau berkata, permintaan terhadap produk berkenaan juga disebabkan oleh keistimewaan susu keluaran DBY itu sendiri yang menggunakan sumber kolostrum yang telah dinyah bau.

``Tidak sampai sebulan produk ini dipasarkan, kami telah berjaya menjual lebih RM30,000 dari segi nilainya dan itupun hanya di pasaran Kuala Lumpur dan utara semenanjung,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Basir berkata, antara tarikan lain yang ada pada susu itu adalah harganya yang murah berbanding pesaingnya iaitu RM68 sekotak.

Beliau berkata, perkara yang mendorong DBY menjual produk itu dengan harga murah adalah kerana ia dijual secara runcit terus kepada pengguna tanpa dibebani kos membayar imbuhan kepada pengedar atau agen.

Katanya, susu itu yang diformulasikan oleh seorang ahli farmakologi tempatan, Dr. Mohd Shahimi Mustafa, mengandungi susu awal lembu yang diimport dari New Zealand dan diproses di kilang yang seratus-peratus milik Bumiputera.

``Kolostrum adalah sumber semula jadi antibodi dan antigen yang sangat efektif untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh bagi melawan pelbagai jenis penyakit antaranya barah, diabetes, asma, alahan, penyakit kulit dan darah tinggi,''ujarnya.

Sementara itu, kata Basir, bagi memastikan susu itu mampu bersaing dan kukuh di pasaran tempatan, DBY telah menyusun pelbagai strategi terutamanya program penerangan mengenai produk itu dan promosi secara menyeluruh.

``Syarikat memperuntukkan RM200,000 untuk pembangunan dan pengukuhan produk ini termasuk mengadakan promosi secara agresif,'' katanya lagi.

Untuk membuat pembelian,

Pengedar : Azean Azlina (Yan)

HP : 019-7693592

Kawasan : Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Pekan Sg. Besi, Serdang, Cheras

Acc #: 1643 6056 7059 (Maybank)

Harga Runcit:

Semenanjung RM68.00
Sabah/Sarawak RM75.00

Rakan Niaga

Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, City Square, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279