Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Fakta #2

Mengapa wujud tanggapan salah terhadap minyak kelapa

Syarikat dadah dan farmasiutikal global memerlukan masyarakat dunia yang tidak sihat untuk memastikan kewujudan mereka berterusan. Seandainya setiap manusia di dunia menggunakan minyak kelapa dara di dalam pemakanan harian sebagaimana penduduk di Kepulauan Pacific, sudah pasti peluang untuk syarikat dadah dan farmasiutikal terus wujud adalah tipis kerana setiap manusia akan mempunyai kesihatan yang baik. Syarikat tersebut telah menemui kehebatan minyak kelapa sejak awal 1930an. Oleh itu usaha hebat untuk menentang penggunaan minyak kelapa telah dirancang dan dilaksanakan.

Salah satu cara yang dilaksanakan oleh syarikat dadah antarabangsa adalah dengan menguasai industri kesihatan dunia. Mereka melakukan ini dengan memberi bantuan kewangan kepada sekolah perubatan dan mengawal selia masyarakat perubatan global. Akibatnya tidak ada doktor yang akan mengesyorkan penggunaan minyak kelapa dara di dalam pemakanan harian.

Satu alasan kukuh mengapa syarikat dadah menentang penggunaan minyak kelapa dara adalah kerana isu paten. Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten kerana ianya bahan semulajadi. Tidak ada insentif kewangan di dalam penggunaan minyak kelapa dara.

Persatuan Minyak Soya Amerika telah memburukkan lagi keadaan di awal tahun 1980an kerana wujudnya keperluan melindungi jualan minyak soya Amerika sedunia. Satu kempen besar-besaran telah dilancarkan. Sejak itu industri kelapa terus malap.


Pembasmi kuman semulajadi

Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman.

Kebanyakan virus dan bacteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.


Pemangkin kadar metabolisma badan

Tidak seperti makanan lain yang dihancurkan kepada molekul-molekul yang lebih kecil sewaktu proses penghadaman, diserap ke dalam dinding intestine dan dijadikan molekul lemak dan protein yang di panggil lipoprotein, menyerap masuk ke dalam aliran darah dan akhirnya dihantar ke limpa untuk menghasilkan tenaga; lemak tepu aktif di dalam minyak kelapa dara dihadamkan terus dan dihantar kepada limpa untuk menghasilkan tenaga dan merangsang kadar metabolisma.

Penyelidikan telah membuktikan penduduk Kepulauan Pacific mempunyai kadar metabolisma yang tinggi disebabkan banyak memakan makanan berasaskan kelapa. Ini menyebabkan mereka mempunyai kesihatan yang amat baik.

Apabila kadar metabolisma meningkat, badan manusia akan mengalami perkara berikut: - kadar pembakaran lemak dan kolestrol yang tinggi - kehilangan berat badan - pertumbuhan sel badan yang lebih pantas - meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ejen : Azean Azlina (Yan)

HP : 019-7693592

Ejen kawasan : Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Pekan Sg. Besi, Serdang, Cheras

Acc #: 1643 6056 7059 (Maybank)

Harga Runcit:

Semenanjung RM30.00
Sabah/Sarawak RM35.00

Rakan Niaga

Desa Pandan, Kuala Lumpur
* Puan Zanariah - 017-6695680

Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, City Square, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279


Klik di sini untuk pembelian!
Klik di sini untuk pembelian!
Sebarang pertanyaan, SMS atau hubungi 019-7693592 (Yan) atau anda boleh email kepada