Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Fakta #1

Minyak kelapa dara sebagai anti oksida

Kebanyakan minyak mempunyai struktur kimia yang tidak stabil dan mudah teroksida apabila terdedah kepada haba, cahaya, kelembapan dan oksigen. Minyak teroksida membentuk radikal bebas yang toksik menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser dan jantung.

Struktur kimia minyak kelapa dara sangat stabil dan tidak mudah teroksida. Ia mengelakkan pembentukan radikal bebas toksik..


Persamaan minyak kelapa dara dengan kehebatan susu ibu

Industri kesihatan dunia menggalakkan penggunaan susu ibu sebagai makanan bayi yang hebat. Ini adalah kerana bayi yang disusu ibu lebih sihat dan cergas. Mereka juga dilindungi dari penyakit serta mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

Komponen penting di dalam susu ibu adalah sejenis lemak tepu aktif yang juga merupakan bahan penting yang sama wujud di dalam minyak kelapa dara. Dengan memakan minyak kelapa kita akan mendapat kesan perlindungan dan kehebatan susu ibu.


Tahap beku minyak kelapa dara

Tahap beku minyak kelapa dara ialah 25°celcius.

Minyak kelapa dara menjadi cair di paras 25° celcius ke atas manakala ia membeku di paras yang sama. Oleh itu ia menjadi cair pada suhu bilik iaitu pada 28 darjah celcius.

Suhu badan normal manusia adalah 38°celcius. Pada suhu ini minyak kelapa dara pastinya dalam keadaan cair di sebalik kepercayaan popular yang ianya akan menyumbat saluran darah.


Penduduk kepulauan pacific tidak mendapat penyakit jantung

Di awal tahun 1930an, Dr Westom A. Price seorang penyelidik, pakar pemakanan dan juga doktor gigi dari Cleveland, Ohio telah menjalankan satu penyelidikan ke atas penduduk Kepulauan Pacific. Kajian ini membuktikan penduduk Kepulauan Pacific mempunyai kesihatan fizikal dan gigi yang amat baik di sebabkan makanan harian mereka yang banyak berasaskan kelapa.

Dr Ian A.Prior seorang pakar jantung yang merupakan Pengarah Pusat Kaji Penyakit Wabak di Hospital Wellington, New Zealand telah menjalankan satu kajian di awal tahun 1960an ke atas Pulau Puka Puka danTokelau berhampiran Khatulistiwa di Pacific Selatan. Kajian ini merumuskan bahawa penduduk di kedua buah pulau tersebut yang banyak memakan makanan yang berasaskan kelapa: - mempunyai paras kolestrol yang rendah. - mempunyai kesihatan yang amat baik. - tidak mendapat penyakit merbahaya - nisbah berat badan dan ketinggian yang ideal. - menjadi contoh kesihatan sempurna.

P.K. Thampan, seorang pengarang dan penyelidik kelapa, telah menganalisa banyak data-data kajian dan bukti -bukti wabak penyakit. Beliau merumuskan tidak ada kaitan di antara makanan yang berasaskan kelapa dengan penyakit jantung.


Mengenali minyak kelapa dara sebagai makanan berfungsi

Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu air kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih memakan ubat ( over-dose ). Sungguhpun demikian, minyak kelapa dara telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa.

Di Amerika Syarikat dan negara barat minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.

Ejen : Azean Azlina (Yan)

HP : 019-7693592

Ejen kawasan : Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Pekan Sg. Besi, Serdang, Cheras

Acc #: 1643 6056 7059 (Maybank)

Harga Runcit:

Semenanjung RM30.00
Sabah/Sarawak RM35.00

Rakan Niaga

Desa Pandan, Kuala Lumpur
* Puan Zanariah - 017-6695680

Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, City Square, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279


Klik di sini untuk pembelian!
Klik di sini untuk pembelian!
Sebarang pertanyaan, SMS atau hubungi 019-7693592 (Yan) atau anda boleh email kepada