Make your own free website on Tripod.com
Home | Fungsi dan Sifat | Pembelian | Rakan Niaga | Hubungi Kami

BIOVCO

Artikel di Akhbar

Produk asas kelapa Bio Neutraceutical
Harian Metro, Jumaat, 1 April 2005
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

HASIL penyelidikan selama lapan tahun dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta, syarikat milik Bumiputera, Bio Neutraceutical (M) Sdn Bhd ( Bio Neutraceutical) berjaya menghasilkan - Nufera - produk terbaru berasaskan kelapa menerusi kaedah bioteknologi.

Berdasarkan penyelidikan itu, kelapa diproses menggunakan kaedah berkenaan tanpa menggunakan haba atau bahan kimia bagi mengekalkan struktur asal minyak dan ia amat sesuai digunakan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bio Neutraceutical, Muhammad Sufi Mahbub, berkata syarikatnya bukan saja menjadi pengeluar, malah turut mengedar, membuat penyelidikan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan.

“Sebenarnya, Nufera adalah produk pertama keluaran syarikat kami dan ketika ini, pasarannya masih di peringkat percubaan, namun kami yakin ia pasti mendapat tempat di kalangan pelanggan yang tahu mengenai khasiatnya.

"Nufera adalah makanan semula jadi yang mempunyai pelbagai fungsi sesuai digunakan untuk seisi keluarga, malah boleh digunakan dalam pemakanan harian, amalan penjagaan kecantikan dan pengurusan kesihatan umum," katanya pada sidang media selepas pelancaran Nufera di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihaknya berhasrat memasarkan produk itu ke luar negara kerana yakin ia mampu memberi kebaikan kepada semua penduduk.

"Visi kami adalah menjadi syarikat bertaraf dunia, malah cuba untuk menyenaraikan syarikat ke pasaran Nesdaq.

"Kami juga berhasrat membina makmal sendiri di Cuba untuk melaksanakan penyelidikan dan kami yakin semua visi yang ditetapkan mampu direalisasikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.

Muhammad Sufi berkata, selain pasaran Malaysia, Bio Neutraceutical sedang meneroka pasaran di Indonesia dengan menubuhkan tiga kilang pengeluaran di Bandung, Tasik Malaya dan Jakarta.

Malahan, ketiga-tiga kilang terbabit sudah bersedia mengeluarkan produk Nufera dengan keupayaan menghasilkan kira-kira satu juta botol sebulan.

Indonesia terpilih sebagai lokasi utama untuk mengembangkan perniagaan kerana bahan mentah iaitu kelapa boleh didapati dengan mudah dan banyak, tambahan pula tenaga kerjanya murah.

"Di Malaysia, kilang pembuatan terletak di lot kedai di Hulu Langat dan mampu mengeluarkan 25,000 botol sehari atau 100,000 botol sebulan."

"Walaupun pemasarannya masih di peringkat percubaan, maklum balas yang kami terima amat memberangsangkan, malah permintaan daripada pelanggan semakin meningkat," katanya.

Tambahan pula dengan bantuan 600 pengedar di seluruh negara, beliau yakin produk itu akan mendapat perhatian masyarakat tempatan dan luar negara.

Beliau berkata, Nufera kini berada di pasaran pada harga RM35 sebotol dan ia boleh didapati di farmasi terpilih atau wakil pengedarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menjadi pengedar Nufera boleh menghubungi talian talian 03-61404252.

Untuk membuat pembelian,

Klik di sini

Rakan Niaga

Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Home, Kundang, Kuang, Rawang, Taman Keramat, Batu Arang
* Encik Md Yazid Mohd Nor - 012-9250789

Taman Desa Skudai, Taman Universiti, UTM
* Puan Saleha Meoun - 019-7022844

Wisma Persekutuan, Johor Bahru
* Cik Ida Kamilia - 019-7226279


Untuk menjadi pengedar, sila isikan maklumat anda di sini

http://www.nufera.net